Pages

Friday, July 6, 2012

ikhlas?

Assalamualaikum W.B.T
oke..we go straight to the point la kan..rasanya semua pun tau kan ikhlas tue apa..tp dr segi islam?hah..mo cakap la ne.. =)

Firman Allah Taala : 'Sesungguhnya kami turunkan kitab (Al-Quran) itu kepada engkau dengan kebenaran.Oleh sebab itu,sembahlah Allah dengan tulus ikhlas beragama kepada-Nya semata-mata.

Ikhlas tue suci dan murni..menurut istilah syari'ah (islam)..makna ikhlas itu ialah mengerjakan ibadah atau kebajikan kerana Allah semata-mata dan mengharap keredhaan-Nya.

sy pernah terbaca post dari seorang hamba Allah ne.. 'keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu ditonjolkan oleh seseorang itu'..

sy sgtla setuju..sebab if kita betul ikhlas..xpayahla mau heboh satu dunia pasal kebaikan kita tue..kan lagi afdal if kita dan Allah S.W.T ja yang tahu.. =) takut terpesong pla niat tue..bagus2 buat kebaikan untuk mgharapkan redha Allah..nnt org lain dok puji..takut terpesong niat tue buat kebaikan utk dapat pujian dr org lain pla..nauzubillah ~

ketahuilah wahai saudara ku..'RIAK PENGHAPUS AMALAN'..~!!

Berhati-hatilah dengan hati kita, kerana sifat hati itu sentiasa berbolak balik. Niat yang ikhlas, boleh berubah menjadi sombong dan riak sekiranya tidak diurus dengan baik.


Allah berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. (Al-Baqarah :264)

sebagai contoh..bg yg ada facebook tue..rasanya xperlu la update status 'baru balik dari berjemaah kat masjid ne.','hm..abes pun baca yasin 3x sempena malam nisfu syaaban ne..'..hee..xperlu ya kawan2..mungkin ada yg post status kat fb sebab mau bagi iktibar dan peringatan kepada org lain..tp biarla mengikut landasan yg betul..sy pun bukan baik sgt mau bagi nasihat atau sebagainya..tp kan bgs if kita bagi peringatan antara satu sama lain.. 'sampaikan walau satu ayat..' =)


'Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat' 
(Surah Ar-Ra'd 13: Ayat ke 22)





 ** Semoga ibadah dan amalan kita diterima oleh-Nya..
insya-Allah ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...