I ask Allah forgiveness..
Hampir sahaja marah menguasai diri aku hari ini..syukur kpd Allah kerana aku masih dapat mengawal tingkah laku dan kata-kata ku..syukur alhamdulillah ~
Bila aku rasa kesabaran aku makin berkurang aku memang dah biasa menjauhkan diri daripada orang2 yang menyebabkan fenomena itu..ehe..tapi utk sekejap je la..aku mengambil ruang dan waktu untuk menenangkan diri..aku rasa itu cara terbaik..
seorang sahabat Rasulullah pernah bertanya kepada Rasulullah : "Wahai Rasulullah, tunjukkan kepada saya satu amalan yang membolehkan saya masuk ke dalam syurga". Jawab Rasulullah : "Janganlah kamu marah".
Allah yang maha besar..Tuhan memelihara hatiku..syukur syukur syukur...
'Mereka yang menafkahkan (harta) sama ada pada waktu lapang atau waktu sempit.Mereka yang menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh manusia dan Allah mengasihi orang yang melakukan kebaikan '. (surah Aali-Imran : ayat 134 )
Semoga tuhan mengasihiku.. ~ dan untuk betul2 pastikan hati dah stabil..
"sesungguhnya marah itu datang daripada syaitan sedangkan syaitan itu berasal ciptaannya daripada api.sesungguhnya api hanya boleh dipadamkan dengan air.Oleh itu,apabila salah seorang daripada kamu merasa marah..maka hendaklah ia berwuduk '. (Riwayat Abu Dawud)
so..dats wat i did =)
Kita manusia biasa..sangat mustahil untuk mengelakkan diri dari rasa marah..tapi yang membezakan kita adalah cara kita mengatasinya..Insya-Allah kita tidak terjerumus dalam perkara2 yang tidak elok yang disebabkan oleh perasaan marah..semoga kita dipelihara oleh-Nya..amin ~
No comments:
Post a Comment