Pages

Sunday, April 28, 2013

berbahagialah dengan satu isteri.. ~ *bakal suami..take note~! =)


Jeng3..assalam kalian..lama x update crita..tba2 ada mood mau update cari tajuk yg agak kontroversi..*kontroversi kerr? hee.. =p
Go straight to the point la kan..sebenarnya nk ckp psal benda yg saya rasa lately sangat dekat dgn saya..dimana2 ada crita psal ni..famous sgt ka poligami zaman skrg?ok..tudia..tajuk sbenar dah tertulis..yup..saya nk cakap psal POLIGAMI..~!
Ilmu di dada xla tinggi mana nk cakap psal benda ni..n sebab ilmu xtinggi mana tu la saya rajin pula buka buku cari info psal benda ni.. *rajin x syaye..mcm mnarik sgt ja crita poligami ni kan..smpai nota utk final exam yang lgi 2minggu ni xtersentuh pun..sibuk ngan poligami..weee.. =)
ok..nk start la ni..maksud poligami?
Merujuk kepada perkahwinan di mana seseorang itu berkahwin dengan beberapa orang sekaligus.Biasanya suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri.Ia merupakan lawan monogami.Monogami adalah sunnah Nabi.Begitu juga dengan poligami.

Apa maksud Sunnah Nabi?
Sunnah Nabi menurut para ahli hadis adalah semua yang disandarkan kepada Nabi SAW baik ucapan,perbuatan mahupun respons Baginda.Ada pula yang menambah bahawa cita-cita,keinginan dan sifat2 Nabi termasuk pula dalam kategori sunnah Nabi.Sedangkan menurut ahli fiqh,sunnah ertinya perbuatan yang apabila dikerjakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan tidak berdosa.

Terdapat riwayat Nabi SAW yang melarang menantunya,Ali r.a menikah lagi dengan anak perempuan Abu Jahal.Rasulullah SAW berkata..
"sesungguhnya Fatimah itu adalah sebahagian daripada ku,dan aku tidak suka dia disakiti".

Dalam riwayat Bukhari,Nabi SAW bersabda,
"aku khawatir ia terfitnah dalam agamanya,tetapi aku tidak berwenang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram ".

Dengan ucapan ini,Nabi SAW meminta kepada Ali r.a untuk memilih salah satu,apakah membatalkan pinangan kepada puteri Abu Jahal atau menceraikan Fatimah.Ternyata Nabi SAW tidak selalu membolehkan sahabat melakukan poligami.Ada saat beliau melarang poligami.Kenapa Nabi SAW melarang Ali melakukan poligami?
"Pelajaran yang sangat penting dalam peristiwa Ali dan Fatimah bahawa poligami TIDAK BOLEH menyebabkan isteri pertama disakiti hati dan perasaannya.

Walau apa pun,saya menghormati mana2 suami atau isteri yang memilih hidup berpoligami.Bagi saya,mereka masih mampu mengecap ketenangan andai dicontohi peribadi Nabi.

Allah SWT sendiri berkata, " Allah tidak menjadikan seorang lelaki mempunyai dua hati dalam rongga dadanya" (Al-Ahzab 33:4)

Means~!!Tidak ada tempat bagi dua kekasih dalam satu hati ~ kan?Bolehkah perasaan tu sama rata?hm..tanyalah diri sendiri..

Memang ada lelaki yang syahwatnya tidak akan cukup dengan satu isteri kesan daripada pergaulan sehariannya,pandangan matanya dan faktor2 lain.Islam memahami dengan menghalalkan poligami sebagaimana dihalalkan penceraian.Islam tidak mahu umatnya berbuat maksiat.Ia cuma antara alternatif bukan satu-satunya pilihan.

Walaupun dihalalkan..wahai pemuda agama..fikirla sejenak tentang isteri kamu..Para isteri Nabi selepas Khadijah pun menghadapi ujian cemburu.Kau tidak sehikmah Rasulullah dan iman isteri kamu tidaklah setinggi Aisyah.

Rasulullah SAW bukannya sesuka hati hendak melukakan hati isteri.Baginda berpoligami dengan sebab yang sangat mulia dan keperluan yang sangat mendesak iaitu dalam fasa perang.Baginda bekerja keras dalam menguruskan kecemburuan mereka dengan hikmah dan kelembutan.Wujud lagi ka suami hari ini sesantun Baginda?
  Para ulama yang arif pun dengan jujur berkata 'Tidak dinafikan berkahwin satu (monogami) adalah lebih baik untuk mengelakkan dari kepayahan di dunia dan balasan di akhirat"
(Rujukan : buku ciri2 unggul masyarakat islam yang kita idamkan karya Prof.Syeikh DR.Yusuf Al-Qaradhawi).

Poligami adalah baik.Namun,berkahwin satu jauh lebih baik.Jika tiada keperluan mendesak,lebih utama memilih berkahwin satu.Itu dari sudut fiqah.Dari sudut hati pula,siapa yang lebih bertakwa kepada Allah,dialah lebih baik.Tidak kira sama ada dia bermonogami ataupun berpoligami.Allah memberi peluang memilih kerana takdir itu suatu rahsia.

Konflik para isteri Nabi menjelaskan,
Betapa perit mengurus kecemburuan,
Walaupun oleh wanita paling beriman,
Apatah lagi dirimu wanita akhir zaman.

Pernikahan bukan medan percaturan,
Poligami bukan cuba-cubaan,
Tanpa keperluan ia bukan pilihan,
Hanya rukhsah ketika tiada jalan.

Petikan karya: Ustazah Fatimah Syarha

Terbukti dalam rumah tangga Rasulullah SAW dengan Khadijah.Sehinggakan bonda kita Sayidatina Aisyah r.a berkata..
'Aku tidak pernah cemburu kepada isteri-isteri Nabi sebesar kecemburuanku kepada Khadijah'.

Sayidatina Aisyah r.a juga pernah berkata
"Aku pernah membuat Rasulullah SAW marah kerana berkata 'Lagi-lagi Khadijah!Baginda berkata,'Sesungguhnya aku sangat mencintainya'.(Muttafaqun alaih) 
*SubhanaAllah~!Aisyah pun boleh begitu..apa lagi wanita akhir zaman?

Saya menghormati pilihan orang lain yang ingin hidup bermadu.Mesti drg ada keperluan sendiri.Allah itu Maha Baik apabila meraikan maslahat semua pihak.Demikian juga dengan penceraian.saya tidak tahu masalah sebenar mereka.Boleh jadi penceraian adalah jalan penyelesaian yang terbaik untuk mereka.Itulah hikmah islam tidak mengharamkan penceraian.*Dalam hal ini,sebelum apa2 takdir berlaku,Islam meraikan hak individu untuk memilih bab mereka lebih tahu kemaslahatan dirinya sendiri berbanding orang lain.Akal dan fitrah boleh jadi panduan untuk membuat pilihan.Selagi terdaya memang saya akan elakkan poligami berlaku dalam hidup saya.Bakal suami ~ saya tidak mampu hidup dalam suasana cemburu seumur hidup.Ada wanita lain yang mampu,tapi tidak saya..plz take note plz.. *emo pla..hihi..

Nasib baik islam memahami fitrah.Islam mensyariatkan talak dan beberapa terowong lain seperti khulu' dan fasakh untuk memboleh seseorang keluar dari penjara kesedihan dan mencari ketenteraman yang baru.Islam juga memahami ada wanita tidak mampu mencintai suaminya yang berkahwin lagi.Inilah antara hikmah ada pendapat dalam islam yang membenarkan wanita meletakkan syarat taklik dan menghalalkan penceraian.Syarat taklik atau taklik talak merupakan perjanjian suami isteri yang bersifat sukarela.Tujuan taklik menurut Dr.Mahmud Syaltout dalam bukunya perbandingan Mazhab,menjelaskan bahawa penceraian lewat perjanjian Taklik talak adalah jalan terbaik dalam melindungi wanita atas perbuatan tidak baik daripada pihak suami.Dalam masalah poligami,syarat taklik menjadi jaminan undang2 agar suami tidak memadukan isterinya.Jika ternyata suaminya tetap memadukan isterinya.maka isterinya berhak mendapatkan penceraian walaupun penceraian itu amat berat bagi suaminya.

Isteri Thabit bin Qais pernah datang kepada Rasulullah SAW dan mengadu," Wahai Rasulullah!Aku tidak mempertikaikan Thabit Bin Qais di sudut akhlak dan agamanya.Namun aku membenci kekufuran."
Maka Rasulullah SAW pun bersabda ,mafhumnya "Mahukah engkau mengembalikan kebunnya?"
Jawabnya,"ya".
Lalu Rasulullah bersabda kepada Thabit,mafhumnya,"Ambillah kebunmu dan talakkan lah dia ".(Riwayat al-Bukhari)

Firman Allah (Al-Baqarah 2:229)
Maksudnya,"Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan hukum Allah,maka tidaklah berdosa (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya,"
Bila isteri khuatir agamanya rosak disebabkan cemburu boleh lah dia menebus talak.Menjaga akhirat lebih utama daripada menjadi isteri yang membenci suaminya sendiri.


Allah SWT telah berfirman dalam surah An Nisa':ayat 3 yang bermaksud..



" Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."

Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab :
-Suami mempunyai dorongan syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
-Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.


-Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.


-Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.



Bila poligami menjadi pilihan..Banyak syarat yang dikenakan atas si suami..Antaranya yang utama :

1.suami disyaratkan bersikap adil,sebagaimana yang difirmankan Allah SWT:
"Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kau miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)


Adil diantara isteri-isteri hukumnya WAJIB~!

Bersikap adil dalam hal2 menzahirkan cinta dan kasih sayang terhadap isteri2 adalah satu tanggungjawab yang sangat berat,Walaubagaimanapun ia termasuk perkara yang berada dalam kemampuan manusia.Hal ini sesuai dengan apa yang telah difirmankan Allah dalam surah an-Nisak ayat 129 yang berbunyi..

"Dan kamu tidak sekali-kali akan sanggup berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awang)."

Tapi macamana kan..

Allah SWT sendiri berkata, " Allah tidak menjadikan seorang lelaki mempunyai dua hati dalam rongga dadanya" (Al-Ahzab 33:4)

Mesti ada kecenderungan terhadap satu pihak sahaja..jadi pihak yang lain macamna?complicatednya Poligami kan..itulah yang dikatakan..monogami itu jauh lebih baik daripada poligami.Tapi saya hormati keputusan para lelaki yang yakin dia boleh berlaku adil dalam poligami.. *Tabik spring~!! =D

2.Tidak menimbulkan huru-hara di kalangan isteri mahupun anak-anak.
 Suami mesti yakin bahawa perkahwinannya yang baru ini tidak akan menjejaskan serta merosakkan kehidupan isteri serta anak-anaknya. Kerana, diperbolehkan poligami dalam Islam adalah untuk menjaga kepentingan semua pihak. Jika kepentingan ini tidak dapat dijaga dengan baik, maka seseorang yang berpoligami pada saat itu adalah berdosa.

3.Berkuasa menanggung nafkah. 
Yang dimaksudkan dengan nafkah di sini ialah nafkah zahir, sebagaimana Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud;
"Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang berkuasa mengeluarkan nafkah, maka hendaklah kamu berkahwin. Dan sesiapa yang tidak berkuasa, hendaklah berpuasa."

Hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) menyuruh setiap kaum lelaki supaya berkahwin tetapi dengan syarat sanggup mengeluarkan nafkah kepada isterinya. Andaikan mereka tidak berkemampuan, maka tidak digalakkan berkahwin walaupun dia seorang yang sihat zahir serta batinnya. Oleh itu, untuk menahan nafsu seksnya, dianjurkan agar berpuasa. Jadi, kalau seorang isteri saja sudah kepayahan untuk memberi nafkah, sudah tentulah Islam melarang orang yang demikian itu berpoligami. Memberi nafkah kepada isteri adalah wajib sebaik sahaja berlakunya suatu perkahwinan, ketika suami telah memiliki isteri secara mutlak. Begitu juga si isteri wajib mematuhi serta memberikan perkhidmatan yang diperlukan dalam pergaulan sehari-hari.

Banyak lagi syarat2 yang telah disebutkan..tapi yang diatas merupakan yang utama..Poligami juga mempunyai hikmahnya..sebab tue lah dihalalkan dalam islam..semua yang terjadi di dunia ini ada hikmahnya..terpulang dengan manusia sendiri untuk berfikir.

Apa yang saya tulis adalah berdasarkan dari rujukan buku2 agama,motivasi,novel tarbiah 'cinta high class dan cintaku kerana agamamu' dan terdapat lagi rujukan lain..mungkin terdapat diantara kalian yang malas untuk membaca buku yang tebal..jadi tarrraaa..~!!saya simpulkan serba sedikit di blog ini..tidaklah lengkap seperti buku yang asal..tapi diharap dapatlah membantu serba sedikit..In Shaa Allah..untuk lebih memahaminya..rajin2 la baca buku yer.. =)
dan untuk hikmah poligami..saudara saudari sekalian bolehlah mencari di sumber lain kerana saya menulis untuk melihatkan betapa monogami itu jauh lebih baik daripada poligami..tapi saya tidak lah membenci atau menyalahkan orang2 yang berpoligami..tidak sama sekali..kehidupan masing2 kan..tapi wahai para  dan bakal suami yang diredhai Allah..Poligami hanyalah RUKHSAH~!

*Yang baik datangnya dari Allah SWT dan yang buruk datangnya dari diri saya sendiri..saya minta maaf ~

 *fuh..panjang glerr entri ni..thx for reading~!assalamualaikum.. =)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...