Pages

Sunday, April 28, 2013

berbahagialah dengan satu isteri.. ~ *bakal suami..take note~! =)


Jeng3..assalam kalian..lama x update crita..tba2 ada mood mau update cari tajuk yg agak kontroversi..*kontroversi kerr? hee.. =p
Go straight to the point la kan..sebenarnya nk ckp psal benda yg saya rasa lately sangat dekat dgn saya..dimana2 ada crita psal ni..famous sgt ka poligami zaman skrg?ok..tudia..tajuk sbenar dah tertulis..yup..saya nk cakap psal POLIGAMI..~!
Ilmu di dada xla tinggi mana nk cakap psal benda ni..n sebab ilmu xtinggi mana tu la saya rajin pula buka buku cari info psal benda ni.. *rajin x syaye..mcm mnarik sgt ja crita poligami ni kan..smpai nota utk final exam yang lgi 2minggu ni xtersentuh pun..sibuk ngan poligami..weee.. =)
ok..nk start la ni..maksud poligami?
Merujuk kepada perkahwinan di mana seseorang itu berkahwin dengan beberapa orang sekaligus.Biasanya suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri.Ia merupakan lawan monogami.Monogami adalah sunnah Nabi.Begitu juga dengan poligami.

Apa maksud Sunnah Nabi?
Sunnah Nabi menurut para ahli hadis adalah semua yang disandarkan kepada Nabi SAW baik ucapan,perbuatan mahupun respons Baginda.Ada pula yang menambah bahawa cita-cita,keinginan dan sifat2 Nabi termasuk pula dalam kategori sunnah Nabi.Sedangkan menurut ahli fiqh,sunnah ertinya perbuatan yang apabila dikerjakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan tidak berdosa.

Terdapat riwayat Nabi SAW yang melarang menantunya,Ali r.a menikah lagi dengan anak perempuan Abu Jahal.Rasulullah SAW berkata..
"sesungguhnya Fatimah itu adalah sebahagian daripada ku,dan aku tidak suka dia disakiti".

Dalam riwayat Bukhari,Nabi SAW bersabda,
"aku khawatir ia terfitnah dalam agamanya,tetapi aku tidak berwenang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram ".

Dengan ucapan ini,Nabi SAW meminta kepada Ali r.a untuk memilih salah satu,apakah membatalkan pinangan kepada puteri Abu Jahal atau menceraikan Fatimah.Ternyata Nabi SAW tidak selalu membolehkan sahabat melakukan poligami.Ada saat beliau melarang poligami.Kenapa Nabi SAW melarang Ali melakukan poligami?
"Pelajaran yang sangat penting dalam peristiwa Ali dan Fatimah bahawa poligami TIDAK BOLEH menyebabkan isteri pertama disakiti hati dan perasaannya.

Walau apa pun,saya menghormati mana2 suami atau isteri yang memilih hidup berpoligami.Bagi saya,mereka masih mampu mengecap ketenangan andai dicontohi peribadi Nabi.

Allah SWT sendiri berkata, " Allah tidak menjadikan seorang lelaki mempunyai dua hati dalam rongga dadanya" (Al-Ahzab 33:4)

Means~!!Tidak ada tempat bagi dua kekasih dalam satu hati ~ kan?Bolehkah perasaan tu sama rata?hm..tanyalah diri sendiri..

Memang ada lelaki yang syahwatnya tidak akan cukup dengan satu isteri kesan daripada pergaulan sehariannya,pandangan matanya dan faktor2 lain.Islam memahami dengan menghalalkan poligami sebagaimana dihalalkan penceraian.Islam tidak mahu umatnya berbuat maksiat.Ia cuma antara alternatif bukan satu-satunya pilihan.

Walaupun dihalalkan..wahai pemuda agama..fikirla sejenak tentang isteri kamu..Para isteri Nabi selepas Khadijah pun menghadapi ujian cemburu.Kau tidak sehikmah Rasulullah dan iman isteri kamu tidaklah setinggi Aisyah.

Rasulullah SAW bukannya sesuka hati hendak melukakan hati isteri.Baginda berpoligami dengan sebab yang sangat mulia dan keperluan yang sangat mendesak iaitu dalam fasa perang.Baginda bekerja keras dalam menguruskan kecemburuan mereka dengan hikmah dan kelembutan.Wujud lagi ka suami hari ini sesantun Baginda?
  Para ulama yang arif pun dengan jujur berkata 'Tidak dinafikan berkahwin satu (monogami) adalah lebih baik untuk mengelakkan dari kepayahan di dunia dan balasan di akhirat"
(Rujukan : buku ciri2 unggul masyarakat islam yang kita idamkan karya Prof.Syeikh DR.Yusuf Al-Qaradhawi).

Poligami adalah baik.Namun,berkahwin satu jauh lebih baik.Jika tiada keperluan mendesak,lebih utama memilih berkahwin satu.Itu dari sudut fiqah.Dari sudut hati pula,siapa yang lebih bertakwa kepada Allah,dialah lebih baik.Tidak kira sama ada dia bermonogami ataupun berpoligami.Allah memberi peluang memilih kerana takdir itu suatu rahsia.

Konflik para isteri Nabi menjelaskan,
Betapa perit mengurus kecemburuan,
Walaupun oleh wanita paling beriman,
Apatah lagi dirimu wanita akhir zaman.

Pernikahan bukan medan percaturan,
Poligami bukan cuba-cubaan,
Tanpa keperluan ia bukan pilihan,
Hanya rukhsah ketika tiada jalan.

Petikan karya: Ustazah Fatimah Syarha

Terbukti dalam rumah tangga Rasulullah SAW dengan Khadijah.Sehinggakan bonda kita Sayidatina Aisyah r.a berkata..
'Aku tidak pernah cemburu kepada isteri-isteri Nabi sebesar kecemburuanku kepada Khadijah'.

Sayidatina Aisyah r.a juga pernah berkata
"Aku pernah membuat Rasulullah SAW marah kerana berkata 'Lagi-lagi Khadijah!Baginda berkata,'Sesungguhnya aku sangat mencintainya'.(Muttafaqun alaih) 
*SubhanaAllah~!Aisyah pun boleh begitu..apa lagi wanita akhir zaman?

Saya menghormati pilihan orang lain yang ingin hidup bermadu.Mesti drg ada keperluan sendiri.Allah itu Maha Baik apabila meraikan maslahat semua pihak.Demikian juga dengan penceraian.saya tidak tahu masalah sebenar mereka.Boleh jadi penceraian adalah jalan penyelesaian yang terbaik untuk mereka.Itulah hikmah islam tidak mengharamkan penceraian.*Dalam hal ini,sebelum apa2 takdir berlaku,Islam meraikan hak individu untuk memilih bab mereka lebih tahu kemaslahatan dirinya sendiri berbanding orang lain.Akal dan fitrah boleh jadi panduan untuk membuat pilihan.Selagi terdaya memang saya akan elakkan poligami berlaku dalam hidup saya.Bakal suami ~ saya tidak mampu hidup dalam suasana cemburu seumur hidup.Ada wanita lain yang mampu,tapi tidak saya..plz take note plz.. *emo pla..hihi..

Nasib baik islam memahami fitrah.Islam mensyariatkan talak dan beberapa terowong lain seperti khulu' dan fasakh untuk memboleh seseorang keluar dari penjara kesedihan dan mencari ketenteraman yang baru.Islam juga memahami ada wanita tidak mampu mencintai suaminya yang berkahwin lagi.Inilah antara hikmah ada pendapat dalam islam yang membenarkan wanita meletakkan syarat taklik dan menghalalkan penceraian.Syarat taklik atau taklik talak merupakan perjanjian suami isteri yang bersifat sukarela.Tujuan taklik menurut Dr.Mahmud Syaltout dalam bukunya perbandingan Mazhab,menjelaskan bahawa penceraian lewat perjanjian Taklik talak adalah jalan terbaik dalam melindungi wanita atas perbuatan tidak baik daripada pihak suami.Dalam masalah poligami,syarat taklik menjadi jaminan undang2 agar suami tidak memadukan isterinya.Jika ternyata suaminya tetap memadukan isterinya.maka isterinya berhak mendapatkan penceraian walaupun penceraian itu amat berat bagi suaminya.

Isteri Thabit bin Qais pernah datang kepada Rasulullah SAW dan mengadu," Wahai Rasulullah!Aku tidak mempertikaikan Thabit Bin Qais di sudut akhlak dan agamanya.Namun aku membenci kekufuran."
Maka Rasulullah SAW pun bersabda ,mafhumnya "Mahukah engkau mengembalikan kebunnya?"
Jawabnya,"ya".
Lalu Rasulullah bersabda kepada Thabit,mafhumnya,"Ambillah kebunmu dan talakkan lah dia ".(Riwayat al-Bukhari)

Firman Allah (Al-Baqarah 2:229)
Maksudnya,"Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan hukum Allah,maka tidaklah berdosa (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya,"
Bila isteri khuatir agamanya rosak disebabkan cemburu boleh lah dia menebus talak.Menjaga akhirat lebih utama daripada menjadi isteri yang membenci suaminya sendiri.


Allah SWT telah berfirman dalam surah An Nisa':ayat 3 yang bermaksud..



" Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."

Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab :
-Suami mempunyai dorongan syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
-Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.


-Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.


-Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.



Bila poligami menjadi pilihan..Banyak syarat yang dikenakan atas si suami..Antaranya yang utama :

1.suami disyaratkan bersikap adil,sebagaimana yang difirmankan Allah SWT:
"Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kau miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)


Adil diantara isteri-isteri hukumnya WAJIB~!

Bersikap adil dalam hal2 menzahirkan cinta dan kasih sayang terhadap isteri2 adalah satu tanggungjawab yang sangat berat,Walaubagaimanapun ia termasuk perkara yang berada dalam kemampuan manusia.Hal ini sesuai dengan apa yang telah difirmankan Allah dalam surah an-Nisak ayat 129 yang berbunyi..

"Dan kamu tidak sekali-kali akan sanggup berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awang)."

Tapi macamana kan..

Allah SWT sendiri berkata, " Allah tidak menjadikan seorang lelaki mempunyai dua hati dalam rongga dadanya" (Al-Ahzab 33:4)

Mesti ada kecenderungan terhadap satu pihak sahaja..jadi pihak yang lain macamna?complicatednya Poligami kan..itulah yang dikatakan..monogami itu jauh lebih baik daripada poligami.Tapi saya hormati keputusan para lelaki yang yakin dia boleh berlaku adil dalam poligami.. *Tabik spring~!! =D

2.Tidak menimbulkan huru-hara di kalangan isteri mahupun anak-anak.
 Suami mesti yakin bahawa perkahwinannya yang baru ini tidak akan menjejaskan serta merosakkan kehidupan isteri serta anak-anaknya. Kerana, diperbolehkan poligami dalam Islam adalah untuk menjaga kepentingan semua pihak. Jika kepentingan ini tidak dapat dijaga dengan baik, maka seseorang yang berpoligami pada saat itu adalah berdosa.

3.Berkuasa menanggung nafkah. 
Yang dimaksudkan dengan nafkah di sini ialah nafkah zahir, sebagaimana Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud;
"Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang berkuasa mengeluarkan nafkah, maka hendaklah kamu berkahwin. Dan sesiapa yang tidak berkuasa, hendaklah berpuasa."

Hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) menyuruh setiap kaum lelaki supaya berkahwin tetapi dengan syarat sanggup mengeluarkan nafkah kepada isterinya. Andaikan mereka tidak berkemampuan, maka tidak digalakkan berkahwin walaupun dia seorang yang sihat zahir serta batinnya. Oleh itu, untuk menahan nafsu seksnya, dianjurkan agar berpuasa. Jadi, kalau seorang isteri saja sudah kepayahan untuk memberi nafkah, sudah tentulah Islam melarang orang yang demikian itu berpoligami. Memberi nafkah kepada isteri adalah wajib sebaik sahaja berlakunya suatu perkahwinan, ketika suami telah memiliki isteri secara mutlak. Begitu juga si isteri wajib mematuhi serta memberikan perkhidmatan yang diperlukan dalam pergaulan sehari-hari.

Banyak lagi syarat2 yang telah disebutkan..tapi yang diatas merupakan yang utama..Poligami juga mempunyai hikmahnya..sebab tue lah dihalalkan dalam islam..semua yang terjadi di dunia ini ada hikmahnya..terpulang dengan manusia sendiri untuk berfikir.

Apa yang saya tulis adalah berdasarkan dari rujukan buku2 agama,motivasi,novel tarbiah 'cinta high class dan cintaku kerana agamamu' dan terdapat lagi rujukan lain..mungkin terdapat diantara kalian yang malas untuk membaca buku yang tebal..jadi tarrraaa..~!!saya simpulkan serba sedikit di blog ini..tidaklah lengkap seperti buku yang asal..tapi diharap dapatlah membantu serba sedikit..In Shaa Allah..untuk lebih memahaminya..rajin2 la baca buku yer.. =)
dan untuk hikmah poligami..saudara saudari sekalian bolehlah mencari di sumber lain kerana saya menulis untuk melihatkan betapa monogami itu jauh lebih baik daripada poligami..tapi saya tidak lah membenci atau menyalahkan orang2 yang berpoligami..tidak sama sekali..kehidupan masing2 kan..tapi wahai para  dan bakal suami yang diredhai Allah..Poligami hanyalah RUKHSAH~!

*Yang baik datangnya dari Allah SWT dan yang buruk datangnya dari diri saya sendiri..saya minta maaf ~

 *fuh..panjang glerr entri ni..thx for reading~!assalamualaikum.. =)




Friday, July 6, 2012

ikhlas?

Assalamualaikum W.B.T
oke..we go straight to the point la kan..rasanya semua pun tau kan ikhlas tue apa..tp dr segi islam?hah..mo cakap la ne.. =)

Firman Allah Taala : 'Sesungguhnya kami turunkan kitab (Al-Quran) itu kepada engkau dengan kebenaran.Oleh sebab itu,sembahlah Allah dengan tulus ikhlas beragama kepada-Nya semata-mata.

Ikhlas tue suci dan murni..menurut istilah syari'ah (islam)..makna ikhlas itu ialah mengerjakan ibadah atau kebajikan kerana Allah semata-mata dan mengharap keredhaan-Nya.

sy pernah terbaca post dari seorang hamba Allah ne.. 'keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu ditonjolkan oleh seseorang itu'..

sy sgtla setuju..sebab if kita betul ikhlas..xpayahla mau heboh satu dunia pasal kebaikan kita tue..kan lagi afdal if kita dan Allah S.W.T ja yang tahu.. =) takut terpesong pla niat tue..bagus2 buat kebaikan untuk mgharapkan redha Allah..nnt org lain dok puji..takut terpesong niat tue buat kebaikan utk dapat pujian dr org lain pla..nauzubillah ~

ketahuilah wahai saudara ku..'RIAK PENGHAPUS AMALAN'..~!!

Berhati-hatilah dengan hati kita, kerana sifat hati itu sentiasa berbolak balik. Niat yang ikhlas, boleh berubah menjadi sombong dan riak sekiranya tidak diurus dengan baik.


Allah berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. (Al-Baqarah :264)

sebagai contoh..bg yg ada facebook tue..rasanya xperlu la update status 'baru balik dari berjemaah kat masjid ne.','hm..abes pun baca yasin 3x sempena malam nisfu syaaban ne..'..hee..xperlu ya kawan2..mungkin ada yg post status kat fb sebab mau bagi iktibar dan peringatan kepada org lain..tp biarla mengikut landasan yg betul..sy pun bukan baik sgt mau bagi nasihat atau sebagainya..tp kan bgs if kita bagi peringatan antara satu sama lain.. 'sampaikan walau satu ayat..' =)


'Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat' 
(Surah Ar-Ra'd 13: Ayat ke 22)





 ** Semoga ibadah dan amalan kita diterima oleh-Nya..
insya-Allah ~

Thursday, May 31, 2012

saya rindu ~

flight kuala lumpur to kota kinabalu 2jun 10.10pm..mak ai~!! napa la lmbat sgt ne.. 5 bulan ak xblk sabah bagai 5tahun tkurung dkt smnanjung ne..hm..cepatlah smpai 2jun ~ =(

Friday, May 18, 2012

استغفر الله (astaghfirullah)

I ask Allah forgiveness..

Hampir sahaja marah menguasai diri aku hari ini..syukur kpd Allah kerana aku masih dapat mengawal tingkah laku dan kata-kata ku..syukur alhamdulillah ~


Bila aku rasa kesabaran aku makin berkurang aku memang dah biasa menjauhkan diri daripada orang2 yang menyebabkan fenomena itu..ehe..tapi utk sekejap je la..aku mengambil ruang dan waktu untuk menenangkan diri..aku rasa itu cara terbaik..

seorang sahabat Rasulullah pernah bertanya kepada Rasulullah : "Wahai Rasulullah, tunjukkan kepada saya satu amalan yang membolehkan saya masuk ke dalam syurga". Jawab Rasulullah : "Janganlah kamu marah".

Allah yang maha besar..Tuhan memelihara hatiku..syukur syukur syukur...


'Mereka yang menafkahkan (harta) sama ada pada waktu lapang atau waktu sempit.Mereka yang menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh manusia dan Allah mengasihi orang yang melakukan kebaikan '. (surah Aali-Imran : ayat 134 )

Semoga tuhan mengasihiku.. ~ dan untuk betul2 pastikan hati dah stabil..

 "sesungguhnya marah itu datang daripada syaitan sedangkan syaitan itu berasal ciptaannya daripada api.sesungguhnya api hanya boleh dipadamkan dengan air.Oleh itu,apabila salah seorang daripada kamu merasa marah..maka hendaklah ia berwuduk '. (Riwayat Abu Dawud)

so..dats wat i did =)

Kita manusia biasa..sangat mustahil untuk mengelakkan diri dari rasa marah..tapi yang membezakan kita adalah cara kita mengatasinya..Insya-Allah kita tidak terjerumus dalam perkara2 yang tidak elok yang disebabkan oleh perasaan marah..semoga kita dipelihara oleh-Nya..amin ~




Tuesday, May 15, 2012

apa kata hati?


  • kita d dunia ne macam pelakon..tuhan dah tetapkan skrip..jadi kita hidup ikut apa yg telah di tetapkan..dugaan cabaran semua tue mencantik kan lagi jalan cerita kehidupan kita..sama la macam cerita2 dalam tv tue..x best la kan if xda konflik.. =)

    jadi dalam soal jodoh..bila tuhan dah tetapkan kita dengan someone tue..mcmana jauh kita pergi..mcmna pun kita elak..pd akhirnya nnti tetap gak dgn org tue..x kisah berapa tahun pun kita 'couple' dgn someone tue..if tuhan dah cakap..itu bukan jodoh kita..means bukan la kan?

    a fren asked : tapi kita kena usaha kan?

    ya dear fren..mmg kita kena usaha..tp perlu ka couple?cukupla dgn doa..jaga perhubungan dgn semua org..plg penting..jaga hubungan dgn pencipta kita dulu..

    ada statement : sometimes bila ada org dtg dalam hidup kita..kita xhargai dia..n sometimes..kita pun x di hargai org..

    hah 'what goes around comes around'..hidup umpama roda sayang..hari ne kita buat kat org..lain hari nnti..org lain pla yg buat kat kita..normal la.. =)
    jangan fikir sangat pasal sakit..life is short..jangan buang masa dengan layan rasa sakit tue..mengadu dengan tuhan..insya-Allah...

    ada gak yg cakap hati ak ne dah keras sgt sampai susah nk trima guy dalam hidup ak..



    bukannya nk bajet alim or what..ak mmg byk sgt lagi kekurangan dalam bab agama..tapi for sure now apa2 pun yg melibatkan hati dan perasaan ak memang rujuk pada agama tuhan..tenang hati..

    Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
    “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

    pertanyaan lagi :apa ciri2 lelaki yg ko minat?yg ko akan terima sebagai imam ko nanti *agak skema di situ ya..aha..

    hm..kawan ~ ak xtetapkan ciri2 yg spesifik..just..bila ada guy datang..and tiba waktunya..istikharah..bila tuhan tunjuk kan itu guy untuk ak..baik buruk dia..insya-Allah ak trima dengan hati yg terbuka =)

    pertanyaan demi pertanyaan : ko xbminat mcm org lain?couple2?

    sebelum ne mmg pernah couple..tp tue la..jiwa remaja..cinta melebihi cinta kepada ilahi pun dah terang2 tersasar dari landasan..bkn nk membuka pekung di dada..tp kenyataan dunia skrg kan..cinta itu buta..bercinta bagai nk rak..tp last2?heart broken gak..ehe.. <<--ne kes ak la.. =.=' 

    bagi ak yg paling penting..tgk agamanya dulu..sebab dia yg akan bimbing ak..lau diri dia pun masih terumbang ambing..dosa sendiri byk x tertanggung..mcmna nk tanggung dosa isteri pla?fitrah semua manusia mau yg terbaik utk dijadikan teman hidup..so do i ..tp if nnti tuhan dah tetapkan jodoh ak dengan guy yg bukan sperti yg ak harapkan..insya-Allah ak redha dan yakin Allah ada agenda-Nya sendiri..kesimpulannya..semua yang terjadi..Allah knows..we are the one who dont know.. =)




    "Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."- Imam Hasan al-Basri-

    ** yang baik datangnya dari Allah..yg buruk datangnya dari diri saya sendiri..maafkan salah silap..sy insan lemah ~ lumrah..cakap memang senang..siapa2 pun boleh cakap sayang Allah?tapi sejauh mana sayang tu?renung2 kan.. =)






Saturday, May 12, 2012

flashback kunun ~

sy susun2 loker..guess what i found?diari lama..ewww...aha..diari 7tahun yg lalu..bhabuk2 suda..koyak2 uda sket..ink pen pun warna lain uda..mmg usang la..blh uda letak di muzium..ehe..sy baca la dr awal..cam mo tmuntah2 sy baca..budak2 betol ~!!kin malu ja..tp itula sy dulu2.. *malunya mengaku..but who cares?? =p
tp part sy plg suka..catatan yg bertarikh : tidak dinyatakan

sitting on my bed,
writing on my book,
thinking about past events,
memory bout u came over,
i swear to god,it was not a wish of mine..
it was your choice when you said 'lets stop it..'
i know we're better on this way,
dont you dare to think i would wait for you
coz im not missing you~!!

perghh..ak wat sendiri kot short poem ne..tba2 rasa mo tepuk tangan tuk diri sndiri..wee.. ~ =)
dah terang lagi mo bersuluh kan..terang2 la poem ne ak wat time baru clash ngan ex bf..brek ngan ex bf dan2 pndai terus wat poem..aha..smart gak ayat ak kan..cpt tepuk tgn ~! =p

Friday, May 11, 2012

one who used to be.. ~

Sharifah Hamidah binti Syed Ahmad <<--she used to be my best best best friend..ya used to be..hm...
ak pun xtau sapa yg salah dlm hal kami ne..dulu bkn main rapat lagi..pmana2 pun lau blh bsama ja..tapi start hujung tahun lalu..everything's changed..huh..
apa2 pun yg dia dah wat kat ak..ak dah maafkan..just terlalu payah ego ak utk mengaku..selalu gak dia mesej cakap dia rindu bila ingat2 masa lalu..hell yeah~!!i miss old times too..tp ak xpernah reply mcm tue..ak try xmau tlmpau rapat dah lepas pa yg tjadi antara kami..walaupun ak betul2 mo kawan mcm masa lalu..ya tue hati ak mau..tapi xtau organ mana dalam diri ak ne yg xmau mcm tue..he..awal pagi tadi dia ada mesej..dia ajak g kl bab pak long dia nk kena operate isnin ne..major operation pla tue..tp benda x plen..nk urus tiket train lg..rasa mcm susah ja..dah la kna gerak sorang2..n plus~!!sebenarnya ak lum dapat la mo face dia..salah ka ak?ak xblh nak brhadapan ngan dia..xtau napa..hm..

dear pak long..ara doakan pak long selamat menjalani pmbedahan..ara minta maaf xdpt lawat pak long..sayang pak long gak..pak long mesti kuat tau~!! ='(






ne gambar time ktrg masi ok..lau skg ne..mmg xdala bgmbar rapat mcm ne..lau ada pun must awkward..



mmg rasa awkward gila..tp one of her family yg snap pic ne..kena buat2 besa la..nmpk awkward ka?lau xnmpk..kira terer la ak ne..he =)

dear fren..stopla hantar msj yg wat ak rasa bersalah..ak dah maafkan ko..cukupla ko tau yg tue..ok..ak minta maaf...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...